Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi,
cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah
berdendam, tak pernah membalas dendam.
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan;
manakala kebencian membawa kepada
kemusnahan.Tuhan memberi kita dua kaki
untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk
melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Karena Tuhan telah memberikan
sekeping lagi hati pada seseorang untuk
kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis air mata tu menyapa air mata yg
satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang
mencintai seorang lelaki tetapi telah
kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab titis air mata kedua tu,” Saya
air mata seorang lelaki yang menyesal
membiarkan seorang gadis yang mencintai
saya berlalu begitu sahaja.”Cinta sejati
adalah ketika dia mencintai orang lain,
dan kamu masih mampu tersenyum,
sambil berkata: aku turut bahagia
untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita
akan sentiasa mendoakannya walaupun
dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan
selamat tinggal jika kamu masih mau
mencoba. Jangan sesekali menyerah
jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak
mencintainya lagi jika kamu masih tidak
dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata,
sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.
Jadi jika kamu mahu berhenti
menyukai seseorang, cukup dengan
menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba
menutup matamu dari orang yang kamu
cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air
mata dan terus tinggal dihatimu dalam
jarakwaktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih
mempunyai harapan walaupun mereka
telah dikecewakan. Kepada mereka
yang masih percaya, walaupun mereka
telah dikhianati. Kepada mereka yang
masih ingin mencintai, walaupun
mereka telah disakiti sebelumnya dan
kepada mereka yang mempunyai keberanian
dan keyakinan untuk membangunkan
kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada
orang yang tersayang sehingga
dia meninggal dunia , lantaran akhirnya
kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta
itu pada pusaranya . Sebaliknya
ucapkan kata-kata cinta yang
tersimpan dibenakmu itu sekarang
selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita
bertemu dan bercinta dengan orang yang
salah sebelum bertemu dengan orang
yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas
kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi
membangkitkan kekuatan. Cinta bukan
mengajar kita menghinakan diri,
tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi
membangkitkan semangat.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
debu beralih emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita
menjadi nikmat, dan kemarahan
menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah
memiliki keberanian untuk
menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup
adalah ketika kamu bertemu seseorang
yang sangat berarti bagimu.
Hanya untuk menemukan bahawa
pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus
membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat
merindukan seseorang, ketika kamu
memikirkannya hatimu hancur
berkeping. Dan hanya dengan mendengar
kata “Hai” darinya, dapat menyatukan
kembali kepingan hati
tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian
kasih sayang. 99 disimpan disisinya
dan hanya 1 bahagian diturunkan
ke dunia. Dengan kasih sayang
yang satu bahagian itulah, makhluk
saling berkasih sayang sehingga kuda
mengangkat kakinya kerana takut
anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai
orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah
kamu kehilangannya. Pada saat itu,
tiada guna sesalan karena perginya tanpa
berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti
bunga, kerana bunga
mati kala musim berganti.
Cintailah mereka seperti
sungai, kerana sungai mengalir
selamanya. Cinta mampu melunakkan
besi, menghancurkan batu, membangkitkan
yang mati dan meniupkan
kehidupan padanya serta membuat
budak menjadi pemimpin. Inilah
dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan
orang yang kamu cintai menjadi dirinya
sendiri, dan tidak merubahnya
menjadi gambaran yang kamu inginkan.
Jika tidak, kamu hanya mencintai
pantulan diri sendiri
yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti
ada pada tiap-tiap diri manusia,
ia laksana setitis embun yang turun
dari langit,bersih dan suci. Cuma
tanahnyalah yangberlain-lainan
menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah
yang tandus,tumbuhlah oleh kerana
embun itu kedurjanaan, kedustaan,
penipu, langkah serong dan lain-
lain perkara yang tercela. Tetapi jika
ia jatuh kepada tanah yang subur,
di sana akantumbuh kesuciaan hati,
keikhlasan, setia budi
pekerti yang tinggi dan lain-lain
perangai yang terpuji.
Kata-kata cinta yang lahir hanya
sekadar di bibir dan bukannya di
hati mampu melumatkan
seluruh jiwa raga, manakala kata-kata
cinta yang lahir dari hati yang
ikhlas mampu untuk
mengubati segala luka di hati orang
yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu
akan jatuh cinta. namun apabila
sampai saatnya itu, raihlah dengan
kedua tanganmu,dan jangan biarkan
dia pergi dengan sejuta rasa tanda
tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan
lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi cinta adalah anugerah
Tuhan yang indah dan suci jika
manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya
tidak berombak. Bukan cinta namanya
jika perasaan tidak pernah
terluka. Bukan kekasih namanya
jika hatinya tidak pernah merindu
dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai
juga memang mudah. Tapi
untuk dicintai oleh orang yang
kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita
memperolehi kasih sayang, ialah
jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang
kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan.